Resepi Masakan Ikan

Ikan Bawal Hitam Sweet & Sour

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal hitam
1 labu bawang besaq - dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sos tomato - 2sudu besar
sos cili - 2sudu besar
1 potong nenas
garam secukup rasa

Cara memasak:

1.        Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak.  Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi
2.       Tumis bawang besar & putih serta halia.  Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air. 
3.       Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi. 
4.       Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.

Ikan Jenahak Masak Lemak Jintan
Bahan-bahannya:
600 gram ikan jenahak
5 keping asam gelugur
2 cawan santan kelapa
15 gram jintan manis
15 jintan putih
4 sudu makan biji sawi
5 biji kacang bendi
garam,gula & serbuk perasa secukup rasa
BAHAN GILING : 3 tangkai cili kering
10 gram halia
10 gram kunyit hidup
10 gram bawang putih
10 gram bawang merah

Cara menyediakan:
1.        Ikan digoreng hingga masak tetapi tidak terlalu kering.
2.       Tumiskan bahan giling bersama jintan manis, putih, biji sawi hingga naik bau.
3.       Kemudian masukkan sedikit air asam gelugur, biar mendidih.
4.       Masukkan santan, kacau hingga masak.
5.       Bila mendidih, masukkan bendi diikuti dengan cili kering yang digoreng.
6.       Kemudian masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Ikan Keli Berlada

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
Minyak utk menggoreng
4 biji cili masak
(boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya

Cara menyediakannya:
1.       Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2.      Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng.
3.      Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau.
4.      Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya. 
5.      Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak.
6.      Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu.
7.      Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan.  Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik.

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa

Cara menyediakannya:
1.       Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2.      Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3.      Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4.      Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5.      Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak.

.
Ikan Kukus Asam Limau
Bahan-bahannya:
500 gram ikan kerapu atau siakap ataupun yg sewaktu ngan nya
10 gram cili api di cincang halus
50 gram bawang putih dicincang halus
1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus
½ cawan air limau nipis
¼ cawan kicap cair
gula dan garam secukup rasa 
(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)

Cara menyediakannya:
1.        ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit
2.       angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit
3.       angkat dan hidangkan.  Enak dimakan dengan nasi panas2

Ikan Kukus Kasturi

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan Siakap dikelar sedikit
6 ulas bawang putih di cincang halus
8 batang daun bawang dihiris nipis
10 biji cili padi
3 urat daun ketumbar
1/2 cawan ketumbar
3 batang serai dihiris nipis
2 helai daun limau purut
2 cm lengkuas di hiris
2 camca lengkuas di hiris
2 camca besar minyak sawit
Air perahan dari 8 biji limau kasturi
1 camca teh gula
2 camca besar sos ikan
1/4 biji nenas didadu kasar
1 biji tomato didadu

Cara menyediakannya:
1.       Letakkan ikan di dalam pinggan untuk mengukus dan letakkan semua bahan-bahan di atas dan seratakan.
2.      Kukus selama 20 minit sampai ianya masak.  Sajikan segera.
Ikan Tenggiri Berlada

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan tenggiri (digoreng)
10 biji cili merah                  ]
5 ulas bawang merah           ]    dikisar
5 ulas bawang putih             ]
5 kuntum bunga lawang
Sedikit halia, minyak untuk menumis dan sedikit
gula dan garam.

Cara menyediakannya:
1.        Tumiskan bahan dikisar tadi.  Kemudian masukkan cili dan kacau sentiasa.  Masukkan ikan, bunga lawang, gula dan garam untuk menambah rasa.
2.       Hias sebelum dihidangkan dengan nasi putih.

Ikan Kembung Masak Gulai Darat
bahan-bahan :
5 ekor ikan kembung
sedikit minyak
3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 inci halia ditumbuk
3 sudu makan cili kering di blender
3 sudu serbuk kari
1 batang serai dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga layu
2. Masukkan cili blender
3. Masukkan serbuk kari
4. Maukkan serai
5. Masukkan garam dan gula
6. Masukkan air asam jawa + air
7. Tunggu sehingga agak mendidih
8. Masukkan ikan, sampai masak.
9. Boleh dihidangkan...

Filet Siakap Masak Karamel

Bahan
300 gm kepingan ikan Siakap
2 sudu besar perahan limau nipis
2 ulas bawang putih diketuk
2 ulas bawang merah cincang halus
2 cm halia diketuk
150 ml air
1 sudu teh lada hitam digoreng tanpa minyak-ditumbuk kasar
1 sudu besar majerin
1 helai daun limau purut
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh serbuk cili

cara membuatnya
Potong kepingan ikan memanjang,lumur ikan dgn air limau nipis,perap sebentar
Panaskan majerin,tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi
masukkan halia dan gula pasir,kecilkan api,masak hingga gula cair dan berwarna choklat
masukkan air,kacau rata,masukkan lada hitam,daun limau purut.
masukkan ikan,masak hingga pekat.
sajikan.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri, cuci bersih & potong-potong
100 ml kelapa dari ½ biji kelapa parut
2 tangkai lada hijau, hiris serong
15 tangkai cili api, potong-potong
aun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sdt ketumbar
1 helai daun limau
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 15 minit.
Sendukkan ke atas daun pisang, bungkus seperti tapai dan semat dengan lidi.
Kukus selama 30 minit.


Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
10 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
2 gram serbuk lada hitam (dikisar)
6 helai daun pudina
1 tangkai daun kesum
2 biji tomato (dibelah 2)
1 tangkai ciii hijau
1 tangkai ciii merah
100 gram bunga kobis
1 batang kacang panjang (dipotong 1 cm)
125 ml perahan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu cili kisar – tambah/kurangkan ikut pedas anda

Cara Penyediaan:
Campurkan bahan-bahan yang dikisar iaitu cili kisar, serai, dan halia bersama garam, gula dan perahan jus asam jawa.
Letakkan ikan di atas loyang di dalam periuk kukus. Kukus ikan tersebut sehingga masak.
Apabila ikan sudah masak, masukkan pula buah tomato bersama cili, bunga kubis dan kacang panjang.
Taburkan daun pudina dan daun kesum. Kukuskan lagi selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
5 ulas bawang merah – tumbuk hingga lumat
3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Sedikit air perahan asam jawa
1 ikat daun pegaga – bersihkan dan potong kecil

Cara penyediaan:
Bakar ikan selar dan ambil isinya sahaja. Gaulkan isi ikan tersebut bersama lada hitam.
Masukkan pula bawang merah dan sedikit perahan air asam jawa.
Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan daun pegaga.
Makan bersama nasi ketika masih panas.


Bahan-bahan:
Bahan A:
3 keping ikan tenggiri
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit minyak masak untuk goreng ikan

Bahan B:
1 batang lobak putih – kikis kulitnya dan potong nipis
3 bawang merah – dihiris nipis
1 biji bawang besar – hiris bulat-bulat
1 tangkai cili merah - dihiris
1 inci halia muda – kikis kulitnya dan potong nipis
125 ml jus asam jawa
Garam, gula dan serbuk lada hitam (kasar) secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:
Lumur ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
Panaskan minyak dan goreng hingga masak kekuningan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, cili merah dan halia hingga naik bau.
Masukkan lada hitam, garam, gula dan jus asam jawa. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan tenggiri goreng, lobak putih dan bawang besar. Kacau hingga bawang besar layu. Tutup api.


Bahan-bahan:
500 gram isi ikan tenggiri
Bahan rempah:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia muda
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam

Bahan Kuah Asam:

2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
30 gram asam jawa – buat jus dengan 50 ml air
20 gram gula melaka

Cara Penyediaan:
Perap ikan bersama bahan rempah selama 1 minit.
Panaskan kuali dan panggang ikan sehingga masak.
Untuk kuah asam, satukan kesemua bahan kuah.
Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.


Bahan-bahan:
Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil

Cara-cara penyediaan:
Penyediaan laksam:
Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak.
Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.
Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.
Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.
Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah


Bahan-bahan:
500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal (anggaran 1 kg) — Buang kepala dan ekor
6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
Perahan jus dari sebiji lemon
4 sudu makan yogurt biasa
2 titik pewarna merah
Sedikit minyak sapi, buah pelaga dan serbuk cili

Cara penyediaan:
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keselurhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
3. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
4. Bakar atau salai ikan atas dapur arang. Lumur minyak sapi dan taburkan buah pelaga yang telah ditumbuk dan serbuk cili.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:
Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal putih saiz sederhana
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan tapi jangan buang ekor dan sirip.
2. Kukus ikan sehingga masak.
3. Panaskan minyak jagung dalam kuali dan masukkan kicap cair. Kacau rata.
4. Curahkan kicap tadi ke ke atas ikan.
5. Letakkan ikan ke dalam pinggan leper dan taburkan garam dan lada sulah.
6. Hidangkan panas-panas dengan potongan daun bawang dan cili sebagai hiasan.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO